Apabila kita sudah memulakan simpanan atau pelaburan emas, sebaik-baiknya elakkanlah melakukan beberapa perkara berikut supaya aset pelaburan emas kita dapat digandakan. Jika kita sering melakukannya perkara yang ditegah ini, saya yakin emas yang ada dalam simpanan kita akan berkurangan sedikit demi sedikit. Bukanlah bermaksud tidak boleh dibuat langsung, tetapi sebaik-baiknya elakkan dan jangan ia dijadi amalan. Antara perkara yang dilarang ialah :-

●Melabur ikut-ikut tanpa ilmu berkaitan emas.

Adalah dinasihatkan jika hendak berjaya dengan emas, janganlah kita malas untuk mendapatkan seberapa banyak info-info dan sejarah silam mengenai emas.Ilmu tentang emas tidak akan habis jika rajin mempelajarinya. Hadirkan diri dalam pelbagai seminar, forum dan kursus-kursus samada percuma atau berbayar.

Dapatkan info-info berkaitan emas dari internet dan juga pakar-pakar yang berpengalaman mengenai emas. Jadikan sebarang kesilapan yang jika kita telah lakukan seperti terlibat dengan MLM dan skim cepat kaya sebagai panduan untuk tidak mengulanginya. Saya pun sebelum terlibat dalam pelaburan emas ini, banyak membuat kesilapan dan banyak kali telah ditipu. Jika memerlukan maklumat, insyaallah saya sedia membantu.

● Menunggu harga emas rendah untuk buat belian pertama.

Sekiranya kita telah memahami tentang pelaburan emas dan telah mendapat pandangan dari kawan-kawan terdahulu yang master dalam bidang emas, teruskanlah membeli emas walaupun dalam kuantiti yang kecil. Jangan tunggu harga emas rendah baru nak beli. Belilah ketika kita mempunyai wang. Sememangnya harga terus mahal dari masa ke semasa. Sepuluh tahun lepas 1 gm emas, harganya cuma RM35, orang kata mahal, tetapi sekarang sudah meningkat RM140 mahal juga kan. Jadi bila masa harga emas rendah ? Rumusannya teruslah menyimpan emas, kerana apabila telah mula membeli emas, minat tu akan datang dengan sendirinya agar ia menjadi amalan setiap bulan.

● Membeli barang kemas untuk tujuan pelaburan.

Sekiranya kita berniat untuk membuat pelaburan emas, barang kemas bukan pilihan yang sesuai. Harga barang kemas sentiasa dipengaruhi oleh upah tukang emas yang sering dimanupulasi oleh kedai emas.

● Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas.

Harga emas yang dijual dikedai emas biasanya agak tinggi. Ini disebabkan harga emas tersebut tertakluk dan dikawal selia oleh Federation of Goldsmiths and Jewellaers Association of Malaysia (FGJAM). Jadi dapatkan emas dari sumber yang sesuai.

● Elakkan menyimpan emas untuk diri sendiri sahaja.

Sekira kita telah mengetahui ilmu-ilmu berkaitan emas, sebaiknya kongsikanlah segala ilmu dan pengalaman menyimpan emas dengan kawan-kawan disekeliling kita. Dengan berkongsi maklumat,kawan – kawan yang lain akan terus berjaya dalam pelaburan emas.

● Membuat pembelian dengan semua duit simpanan.

Pelaburan emas adalah dalam jangka masa yang sederhana dan panjang. Janganlah kita mengharapkan keuntungan dalam masa yang singkat. Belilah emas dari wang yang tidak digunakan dalam jangka masa panjang. Jangan gunakan semua wang simpanan untuk membeli emas kerana harga emas bukannya selalu naik.

● Membeli emas fizikal di bank.

Apabila membeli emas dibank, ada kemungkinan tiada stok emas apabila membeli dalam kuantiti yang banyak, susut nilai yang tinggi dan

● Menjual emas ditempat yang salah.

Sebaik-baiknya elakkan menjual emas di syarikat lain.Jika kita jual juga, kemungkinan akan mengalami sedikit kerugian atas faktor-faktor seperti susut nilai yang tinggi ataupun dikenakan kos apabila emas tersebut kemik dan kertas pembalut yang telah dibuka.Sebaiknya jual di tempat asal emas tersebut dibeli atau disyarikat yang sama.

● suka menyimpan wang kertas dalam kuantiti yang banyak.

Oleh kerana emas merupakan aset yang kalis inflasi dan tidak mengalami susut nilai yang banyak, simpanlah emas seperti jongkong emas, dinar dan juga pelbagai barang kemas. Elakkan menyimpan wang kertas / wang fiat dalam kuantiti yang banyak. Selalunya kita sering terpengaruh dan terpedaya dengan dividen dan bonus yang tetap dari institusi-institusi kewangan. Bukannya tidak boleh langsung menyimpan dalam bentuk tunai, tetapi pelbagaikan pelaburan anda

● Elakkan menjual emas tanpa sebab.

Adalah digalakkan menjual emas disebabkan untuk menambah pelaburan, membeli rumah dan hartanah, memulakan bisnes selain daripada emas dan juga apabila betul-betul memerlukan tunai. Kemahiran menganalisa harga pasaran emas dunia amat diperlukan sekiranya anda hendak menjual pada harga tinggi dan membeli semula pada harga yang rendah. Jangan suka-suka untuk menjual emas.

● Suka –suka membuat gadaian emas.

Gadaian samada di public gold sendiri atau di Ar-rahnu hanya digalakkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan tunai atau melakukan gadaian pada ketika harga emas rendah. Jangan suka-suka membuat gadaian di Ar-rahnu. Peranan Ar-rahnu ialah memberikan pinjaman bercagar kepada sesiapa yang memerlukan sahaja. Buatlah penambahan emas mengikut kemampuan dan jangan tamak.

●Membeli emas yang harganya murah, tanpa mengambil kira lain-lain faktor.

Selalunya dalam fikiran seseorang, bila harga emas murah, kita akan terus membelinya. Walaupun harga emas rendah , faktor lain seperti susut nilai, kos pengangkutan dan lain-lain perlu juga diambil kira. Sekiranya emas murah, tetapi susut nilainya tinggi atau kos pengangkutan yang tinggi, nilai emas tersebut sebenarnya mahal.Oleh itu buatlah kajian sebelum membeli emas.

Jangan buat silap kerana teknik yang tak betul berkenaan EMAS saya ada banyak lagi info-info lain mengenai nya

JIKA NAK BUAT BELIAN EMAS PERTAMA ANDA HUBUNGI SAYA.