Cara Bijak Menentukan Emas Terbaik Untuk Anda

Anda nak beli emas tetapi tak tahu nak beli emas yang apa?. Sebabnya ada banyak produk emas yang boleh kita pilih bukan?. Ada jongkong emas, ada syiling emas, ada barang kemas dan dinar emas pun ada. Jadi emas yang mana patut anda pilih?

Saya sering mendapat pertanyaan dari mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia simpanan emas akan soalan ini. Tetapi saya pun tak dapat memberi jawapan yang tepat kepada anda. Anda sendiri yang perlu menentukan emas yang terbaik untuk anda. Namun, anda usah risau, saya akan bantu anda dengan memberikan beberapa tips-tips penting dalam membuat pemilihan emas anda.

Jom kita telusuri apa yang patut anda buat. Zaz..

#Langkah 1

Ketahui matlamat anda membeli emas. Tepuk dada, tanya diri anda sendiri. Kenapa anda membeli emas?. Adakah untuk suka-suka atau untuk mengikut sahaja kawan anda yang membeli emas secara membuta tuli?. Jangan jadi seperti pak turut, sebaliknya setkan matlamat anda. Tentukan tujuan anda membeli emas.

Berikut merupakan antara tujuan mereka yang membeli emas:

  • Untuk pelaburan
  • Untuk simpanan jangka masa panjang
  • Untuk simpanan anak-anak
  • Untuk perhiasan dan dipakai
  • Untuk simpanan perkahwinan
  • Untuk simpanan atas keuntungan perniagaan
  • Untuk simpanan pergi menunaikan umrah/haji
  • Untuk dijadikan modal membeli hartanah/rumah

#Langkah 2

Selepas anda mempunyai matlamat, baru mudah untuk anda menentukan emas mana yang terbaik untuk anda. Untuk langkah kedua ini, saya mahu anda dalami serba sedikit ilmu emas. Antara perkara yang perlu anda ambil tahu ialah:

  • Susut nilai
  • Kemudahan untuk jual semula
  • Kemudahan untuk digadaikan
  • Kos upah
  • Lain-lain kos (eg. Kos pengangkutan)
  • Kemudahan untuk disimpan

Jadi. ambil masa untuk mengkaji setiap produk emas yang ada. Cuba kira susut nilai setiap produk emas yang ada. Selepas itu, cuba kaji emas yang mana mudah untuk dijual semula, emas mana yang mudah untuk digadaikan, emas yang bagaimana mudah untuk disimpan dan juga kos-kos tambahan yang terlibat ketika membeli emas (eg. Kos upah & kos pengangkutan)

#Langkah 3

Anda kini dilangkah ketiga, selepas anda sudah melakukan langkah 1 dan langkah 2, saya pasti anda kini pasti lebih yakin untuk menentukan produk emas yang bagaimana patut anda pilih. Nasihat saya:

  • Pastikan pemilihan produk emas itu memberi keuntungan kepada anda
  • Pastikan produk tersebut sesuai dengan jiwa anda
  • Pastikan produk emas tersebut dapat memenuhi apa jua matlamat anda seperti di langkah 1.

#Study Case

Matlamat Untuk Dijadikan Pelaburan

Untuk mereka yang menjadikan emas untuk pelaburan, pasti golongan ini mahukan pulangan keuntungan yang lebih cepat. Jadi produk emas yang patut dijadikan pilihan adalah jongkong emas mahupun dinar. Untuk membeli jongkong mahupun dinar pun, golongan seperti ini sepatutnya membeli emas yang mempunyai susut nilai paling kecil. Jadi kebiasaanya, susut nilai yang kecil adalah untuk produk emas yang lebih berat.

Sebagai pelabur emas, susut nilai paling kecil pasti membawa pulangan yang lebih.

Sebagai pelabur emas, susut nilai paling kecil pasti membawa pulangan yang lebih.

Selain itu, untuk memaksimumkan keuntungan juga, pelabur emas ini juga akan mendaftar sebagai dealer bagi memastikan peratus keuntungan mereka itu dapat dimaksimumkan. Tambahan lagi, pelabur emas juga boleh memaksimumkan keuntungan dengan belajar ilmu analisis teknikal harga emas. Dengan ilmu analisis tersebut, pelabur emas ini boleh menentukan waktu terbaik untuk membeli dan menjual semula emas yang ada.

Matlamat Untuk Simpanan Jangka Masa Panjang

Untuk simpanan jangka masa panjang, apa-apa produk emas pun boleh dijadikan pilihan. Sama seperti diatas, keuntungan anda boleh dimaksimumkan dengan memilih produk yang mempunyai susut nilai yang kecil. Selain itu, untuk simpanan jangka masa panjang, kebiasaanya golongan ini menyimpan emas sedikit demi sedikit. Jadi, mereka yang mempunyai matlamat seperti ini boleh mendapatkan emas mengikut kemampuan masing-masing. Jika mampu membeli emas yang lebih mahal, maka belilah, jika tidak mampu, cukuplah sekadar membeli emas yang mampu.

Matlamat Untuk Hiasan

Jika anda mempunyai matlamat ini, tidak lain dan tidak bukan anda mesti memiilih barang kemas. Matlamat ini kebiasaanya adalah untuk kaum hawa. Maka buat kaum hawa, pilih barang kemas yang mempunyai susut nilai yang kecil serta mudah untuk dijual semula. Tahukah anda, produk barang kemas Public Gold mempunyai susut nilai yang tetap dan telus berbanding kedai emas yang ada dipasaran. Selain itu, produk barang kemas Public Gold ini juga tidak mempunyai kos upah yang tinggi.