Ura-ura berita tentang Public Gold nak keluarkan semula produk barang kemas akhirnya terjawab apabila Public Gold dengan rasminya mengeluarkan kenyataan tentang penghasilan semula produk barang kemas dibawah jenama AURORA SERIES. Tengok dari komen di Facebook rasmi Public Gold, rata-rata pelanggan (bukan sahaja wanita, lelaki pun sama) termasuk dealer teruja dengan pengumuman ini.

Komen orang ramai tentang pelancaran Aurora Series

Komen orang ramai tentang pelancaran Aurora Series

Public Gold memang ada mengeluarkan produk barang kemas atas jenama Public Jewellery. Seingat saya bermula sekitar tahun 2012 dahulu. Tapi produksi dan promosi produk barang kemas dalam siri ini kurang menyerlah dalam tempoh 1-2 tahun lepas mungkin atas faktor ribut GST yang melanda serta fokus syarikat ini dalam menghasilkan produk emas untuk tujuan pelaburan. Selain itu, setahu saya produksi besar-besaran Public Jewellery telah dihentikan sejak April 2015.

Barang kemas Public Gold dibawah jenama Public Jewellery yang pernah dikeluarkan suatu ketika dahulu.

Barang kemas Public Gold dibawah jenama Public Jewellery yang pernah dikeluarkan suatu ketika dahulu.

Mungkin disebabkan ramai pelanggan dan dealer yang inginkan Public Gold menghasilkan semula produk barang kemas, Dato’ Louis Ng (Pengasas Public Gold) menyambut baik permintaan tersebut. Maka terhasillah, produk eksklusif barang kemas dari Public Gold dibawah jenama Aurora Series. Produk panas ini akan berada di cawangan-cawangan Public Gold sekitar negara pada penghujung bulan September 2016.

Dari pemerhatian saya, produk Aurora Series masih lagi terhad meliputi bangle & buah rantai/bangle sahaja. Gelang & rantai belum lagi kelihatan dalam senarai produk Aurora Series. Saya merasakan mungkin ini strategi Public Gold. Produk dibawah jenama Aurora Series akan meliputi produk-produk dengan kemasan yang unik dan menarik. Namun, info dan kemaskini terbaru tentang hal ini saya akan maklumkan sekiranya ada.

Gambar-gambar Panas Aurora Series

Kelebihan Aurora Series

  • Harga rendah dari pasaran (emas 22 karat)
  • Tiada workmanship Cost
  • Memiliki standard piawaian tinggi
  • Design yang pelbagai dan memiliki ketulenan 22 karat atau 916
  • Spread margin terendah jika ingin menjual semula dengan Public Gold (Hanya 15% dari harga semasa)

Bagaimana untuk buat tempahan?

Tempahan boleh dibuat kepada agen/dealer atau terus ke laman web Public Gold. Tapi pastikan sebelum membuat tempahan sendiri di laman web Public Gold, anda perlu mempunyai akaun di laman tersebut. Untuk panduan membuat akaun di laman Public Gold, boleh ikuti langkah-langkahnya di lini berikut http://publicgoldperak.com/daftar. Sekiranya anda kurang jelas, boleh sahaja terus whatsapp (http://publicgoldperak.com/whatsapp) atau telegram (http://publicgoldperak.com/telegram) saya.

  1. Layari laman web Public Gold dan login.
  2. Kemudian klik pada butang ‘Aurora Series’ dihujung atas kanan.
  3. Lihat senarai ‘Aurora Series’ yang ada dan buat pilihan.
  4. Selepas itu, klik pada butang ‘Order now’.
  5. Kemudian baca ‘Terms of sale’ dan klik ‘I Agree’.
  6. Semak semula tempahan dan teruskan dengan pembayaran. (Harga mungkin sedikit berbeza bergantung kepada berat item)
  7. Satu salinan ‘softcopy’ tentang details tempahan akan diemelkan kepada anda.
  8. Selepas pihak Public Gold buat pengesahan tentang bayaran, anda boleh ambil produk panas ini di cawangan berhampiran. Tapi sebelum ambil, pastikan semak stok ada ke tidak.

Bagaimana pula untuk jual semula?. Info ini saya masih belum perolehi lagi, sekiranya ada saya akan update semula artikel ini.

Menarik bukan?. Jika nak info lanjut boleh hubungi saya ya!